Umee nak beri sedikit tips yg berguna untuk proses mudah bersalin! In shaa allah, mungkin dapat membantu. Umee dah amalkan, dan ianya sedikit sebanyak juga membantu.
Actually, proses bersalin ni... bukanlah suatu proses yg patut ditakuti, tapi... sepatutnya dihadapi dengan tenang! Secara jujurnya, umee sendiri juga masih takut untuk meniti saat hendak melahirkan ini. Walaupun umee dah 5 anak, tetapi setiap anak prosesnya berbeza dan juga Sakitnya berbeza. Cuma, melalui penulisan umee, umee cuma mampu menasihati mommy2 semua...agar lebih bersikap tenang dan banyakkan berzikir!!! Hanya Allah swt sahaja yg dapat membantu kita saat2 getir ini... Orang lain tidak akan mampu membantu kita saat kesakitan itu datang, cuma semangat dan kekuatan dari si suami dapat membantu semangat dan kekuatan kita.
Umee juga seorang ibu pada anak 5 orang. Kesemuanya bersalin secara normal. Ada sepasang kembar, juga bersalin secara normal. Umee juga memahami kesakitan yg mommy2 semua rasai. So, umee harap tips ini yg dah umee guna-pakai ini, mampu membantu mommy2 sekelian dengan izin -Nya....
Amalan sebelum tanda-tanda bersalin :
- Mommy boleh amalkan memakan telur ayam separuh masak untuk memberi tenaga mommy semasa meneran 2 minggu sebelum due.
- Amalkan membaca surah Maryam sepanjang kehamilan, dan kerapkan ketika sudah sampai 36 minggu!!!
- Kerapkan bersama suami ketika kandungan melewati 36 minggu.
- Amalkan meminum air kelapa. Kalau nak lagi baik, boleh amalkan minum minyak kelapa dara. (Banyak khasiatnya di dalam minyak kelapa dara) *tapi, umee tidak boleh telan, so, umee cari pil minyak kelapa dara.
- Makan kurma dalam bilangan ganjil.
- Banyakkan berjalan aik-turun tangga.
- Amalkan makan sayur bendi. (Bendi kan berlendir...)
- Banyakkan senaman - duduk bersila, temukan kedua tapak kaki, pegang jari2 kaki dan tolakkan kedua tapak kaki ke arah vagina.
- Boleh juga mengamalkan menyapu minyak zaitun di sekeliling faraj, bagi melembutkan bahagian tersebut.
Amalan sselepas keluar tanda-tanda bersalin atau sudah berada dalam bilik bersalin (labour room) :
- Bila dah terasa sakit kontraksi, makan telur mentah yang telah dibancuh dengan milo.
- Boleh juga minum air milo yang dicampur marjerin bagi melicinkan permukaan laluan.
- Rebus epal hijau, makan semasa sakit kontraksi.
- Ambil makanan sebelum masuk bilik bersalin untuk memberi tenaga. Jangan remehkan hal tenaga, kerana meneran adalah proses memerlukan tenaga yg banyak.
- Banyakkan dan kerapkan berzikir 'laa illahailla anta, subhanaka inni kuntu minazzolimin ' sila semak bahasa jawi untuk tajweed yg tepat... atau boleh google doa nabi Yunus a.s...
- Semakin sakit kontraksi berlangsung, bacalah zikir "ya latiff, ya latiff, ya latiff" berulang-ulang!!!
- Selang selikan membaca ya fattah, ya fattah, ya fattah berulang-ulang. Zikir-zikir ini mampu mengurangkan sakit bersalin, cubalah!!!
- Kalau belum didalam dewan bersalin, jalan sebanyak mungkin di dalam wad untuk mempercepatkan proses bersalin!! Sambil jalan, sambil zikir. (Jangan putus zikir)
- Boleh juga mengamalkan baca ya khaliq, ya barri, ya musawwir sebanyak 21 kali di hadapan gelas yg berisi air dan minum air tersebut.
- Semasa kontraksi, tarik nafas melalui hidung dan hembuskan melalui mulut, bila sakit semakin kuat... tarik nafas dan lepaskan cepat-cepat! - teknik pernafasan yang betul, mampu membantu dalam menahan kesakitan kontraksi.
- Baca al-fatihah sebanyak mungkin.
Itu sahaja yg dapat umee kongsikan untuk mommy sekelian, semoga mommy dapat menghadapi saat kelahiran dengan tenang dan memudahkan!!!
Percayalah, setelah kita bertarung nyawa demi melahirkan si comel, kita akan lebih bersemangat bila dapat menatap si comel yang sihat sempurna! Bersyukurlah, kerana kita dapat menatap dan membelai si comel kita. Semuanya adalah anugerah Allah swt buat kita dan suami.
*nota kaki : mohon maaf pada mak ayah, dan juga suami untuk mempermudahkan proses bersalin... perkara remeh ini kadang kala adalah suatu keajaiban!!!
Salam sayang,
Umee
Salam sayang,
Umee
No comments:
Post a Comment