Thursday 30 July 2015

Pengalaman Mengandung Kembar


Umee ada kembar, dah besar dah sekarang ni. Dah 6 tahun! Kembar seiras. Semua sama, muka sama kulit sama..(dah nama pun kembar seiras kan)! Okay, umee nak share pengalaman umee beghanak kan si kembar ni.
Umee xtahu pun  yang umee ngandungkan si kembar. Tapi, umee start tahu sejak kandungan umee 3 bulan. Umee bersalinkan yang sulung pada September  2008. Lepas bersalin si sulung (Afiqah), umee pantang selama 44 hari.. huihhhh nak lajak 60 hari? Xsanggup mak!!! Selepas 2 bulan melahirkan Afiqah, umee turun bulan. Terkezut juga, sebab setahu umee… kalau menyusukan budak, period tak datang! Tp nurse cakap..depends atas individu juga. Sebab hormon berubah2. So, umee period..tapi xbanyak..sikit-sikit… cumanya lama daripada period. Umee pun berjumpa nurse dan nurse terangkan kemungkinan darah nifas xhabis lagi. Huihh lamanya!!! Haha.. senang lenang umee duduk rumah goyang kaki. Xfikir apa2 pun…
Lepas 3 bulan,masih ada darah lagi..masih xbanyak..setitik-dua titik, hari ini ada, esok tiada dan begitulah seterusnya… umee check klinik swasta, mereka scan dan jawapan yg sama dengan yg sebelum ini. Umee santai saje dirumah tanpa memikirkan kewujudan denyutan jantung lain..(hahaha).
Kami tidak berpuas hati dengan scan yg pertama. Umee gagah ke klinik swasta lain untuk mengetahui sebab darah yang masih keluar walau sudah lebih 100 hari. Umee pun ke klinik swasta lain dengan alasan yg sama. Tiba-tiba, doktor mengesahkan kandungan umee sudah 2 bulan…taaaaraaaaaa!!! Gojut boruk umee n husband! Haha, mana mungkin lepas bersalin boleh mengandung..masa bila??? (eececececehhhh, masa bila gitu ye) –hahaha  gelak jahat jap!!!
So, balik daripada klinik tu, kami mula resah, tak tidur malam dek kerana penangan jawapan doktor tersebut. Yg xtidur malamnya umee lah. Yang si suami Nampak relax aje!!! Dah rezeki katanya!!!… iyo lah..rezeki, rezeki juga! Tapi kalau lah rezeki yg ditanggung 9 bulan tu dapat dikongsi..uissshh makk..seronok rasa hati umee..haha what everlah!! Dah rezeki ye tak???
Lepas 3 bulan, kami berpindah ke Teluk Intan!!! Tapi, umee masih tidak dapat menerima kenyataan yang umee preggy lagi. Umee makan benda tajam. (saje le tu!!!) umee makan tapai, durian banyak2, minum ayo gas berbotol2, makan nenas muda..tanpa pengetahuan encik somi. Haha, dan akhirnya..pada suatu pagi yang hening dan damai…umee dapati tilam umee basah dengan darah! Alamak..banyak juga..panik jap!!! Memang panik, bersalah nya dalam hati… hanya Tuhan yang tahu!!! (tu lah gatal nak makan semua tu…)
En somi dengan perasaan tidak tentu hala membawa umee ke klinik!!! Risau katanya! Bila sampai di klinik..doktor yang merawat menjalankan ujian imbasan (scan). Dan akhirnya doktor wanita itu tersenyum dan berkata TAHNIAH!!!
Hah, What? Tahniah???? Oh ye, tahniah kenapa? Ke doktor ni salah cakap! Nak cakap takziah jadi tahniah??? Kenapa??? suami bertanya… doktor pun menyoal suami..”awak ada keturunan kembar?”. Suami menggeleng. Doktor menyoal umee..umee juga menggeleng. “kamu berdua dikurniakan sepasang kembar, kalau di izinkan!”. “Alhamdulillah!!”….si en somi separuh menjerit!!! Umee masih blurrr!!!
Doktor pun memberi pil untuk kuatkan rahim, beri vitamin dan segala mak nenek pil. Dalam kereta, en somi masih tidak dapat menerima kenyataan..dan mengajak umee ke klinik lain untuk memastikannya. Klinik kedua juga mengesahkan kehadiran dua denyutan jantung baby dan dua kantung dalam gambar ujian imbasan itu.
Ya Allah, sungguh umee berdosa pada tiap yg umee lakukan untuk menggugurkannya. Umee bertaubat dan melakukan sunat syukur tanda kebesarannya pada keluarga kami. Patutlah, segala mak nenek umee makan benda tajam2 untuk mengeluarkannya namun tidak berhasil..rupanya nikmat itu yang ingin diberikanNYA. Sungguh besar anugerah Allah tentukan dalam takdir hidup kami. Sejak dari itu, umee memang menjaga pemakanan dan memakan vitamin doktor untuk memastikan kandungan kembar umee sihat sempurna sehingga waktunya. Umee berdoa agar dipermudahkan sehingga melahirkan!
Mengandung kembar ni memang lebih mencabar daripada mengandung satu janin. Segalanya double! Sakit double, tapi dimudahkan dengan rasa mual alahan. Sungguh Allah maha kuasa! Start kandungan 5 bulan, umee dah macam orang mengandung 8 bulan. Nak bangun dan duduk uihhhh jenuhnya.. kadang2 memang terlantar je..xlarat nak bangun, duduk dan buat kerja. Kalau waktu tidur tu, memang umee xselesa kiri n kanan…kena terlentang terlangkup!! Bila mereka gerak dalam perut tu..macam bertinju pulak!!! Nak jatuh pun ada bila mereka main bola kat dalam! Mereka aktif  time malam. So, umee siang dah penat dengan melayan Afiqah. Malamnya, melayan si kembar main bola pula..Aduh!! uoollls yg baca pun turut sama dapat rasakan kan..apa yg umee rasa? Umee memang xlarat bila kandungan 6,7 bulan..rasa nak beghanakk copat2.. xsabar nak beghanak..tiap kali checkup, mesti nurse suruh standby barang baby dalam kereta, sebab selalunya kembar ni akan bersalin seawal 7 bulan! So, kemana kami pergi. Barang baby pun diusung bersama!
Bila masuk 8 bulan, memang jalan pun mengengkang..(haha) malu ingat saat tu!jangan kata jalan, merangkak pun xlarat! Perut usah khabo le… boyotttt teramat boyot!!! Masa tu henpon xcanggih!! Xdapat nak ambil moment indah itu. Tapi xpe, gambar scan masih ada!!! Huhu itulah kenang-kenangan umee untuk bekalan mereka di masa akan datang.

Wednesday 29 July 2015

Share Alam Bersalin

Assalamualaikum..
Umee ada kawan yang dalam menunggu hari. Bff masa di IKM dulu. Dia cakap, umee beranak macam kentut aje....selalu juga kami berhubung dan dia minta umee share sikit pasal pengalaman bersalin normal. Umee ni, bukan lah bersalin macam kentut..tapi nak b**ak semua ada...Hanya yang dah bersalin normal tu, tahulah macamana bertarung nyawa yang sebenar. okay, meh umee share sikit pasal bersalin normal ni ye!!!

Sakit Kontraksi
Sakit kontraksi ni, memang ssssaaaakkkit.. Mula2 tu, dia bg false alarm, bilamana umee masuk trisemester ketiga..start bulan ke-7 tu..kompom akan rasa false alarm tentang kontraksi. Umee rasa mommy-mommy yang dah rasa false alarm tu, boleh agak la sakit kontraksi macamana kan!!! tapi, sebenarnya sakit kontraksi agak kuat sedikit daripada sakit yg kita alami start daripada mommy 7 bulan pregnancy tu!!! ia juga dinamakan pengecutan rahim 'Braxton-Hicks'.ermmm kelahiran akan berlaku jika ada tanda-tanda seperti turun darah, ketuban pecah atau sakit kontraksi. Selalunya orang cakap, kalau turun darah, sakit nya lebih sikit daripada yang pecah ketuban.. tapi umee xdapat rasakan yang dua tu..semua anak umee sakit kontraksi sahaja! doktor akan bantu umee pecahkan ketuban di hospital bila bukaan servik umee mencecah 4 cm. Sakit kontraksi ni pun ada bermacam peringkat. Ada yang jaraknya 30minit sekali dia datang..lepas 30minit lagi sekali dia datang. tu mungkin baru 1@2 sahaja bukaan "cm" nya. Jadi, dah boleh get ready untuk ke hospital ye mommy2. Kemudian stage ke2, dia akan sakit dalam 15minit sekali datang..lepas tu 15 minit lagi.... dan kemuncaknya, bila dia sakit kontraksi 5 minit atau 2 minit... tu selalunya bila bukaan dah lebih 6 cm lah, dan ini juga bergantung kepada ketahanan individu. Tapi, secara jujur, umee cakap..umee xtahan ye...umee pasti akan menangis macam budak2 dalam labour room tu.

Tapi...tapi ingat pesan umee!!!
try praktiskan apa yg umee nak pesan ni... banyakkan baca "la illahailla anta, subhanaka inni kuntu minazzolimin" doa ni sangat mujarab time getir tu!! jangan tidur tau!!! jika mommy masih dalam wad dan belum ditolak ke labour room!!! banyakkan berjalan, bagi cepat bukaannya. berjalanlah selagi termampu! Umee memang tawaf wad tu. bila umee rasa sakit, umee berhenti dan berdiri sahaja..sambil2 tu, umee mencangkung dan berdoa agar dipermudahkan. Zikir jangan lekang dari bibir...

Seminggu sebelum due, try amalkan makan telur ayam kampung. Kalau boleh, telur ayam kampung separuh masak.. ermmm..ermmm..ermmm xpe, tolak bau tepi..fikir nak cepat bersalinkan?..kena kuatkan semangat. try juga minum air kelapa di saat2 akhir kelahiran, bagi mencuci kepala baby. Juga boleh amalkan minum tiap2 pagi, minyak kelapa dara!!! (hihi, banyak khasiatnya minyak kelapa dara ni). Mommy2 jangan panik menghadapi saat kelahiran itu ye.. Hadapinya dengan tenang!!! sebab, bila mommy panik, darah akan naik..dan bila darah naik...boleh mengancam nyawa mommy n baby... Fikir satu je untuk atasi takut bersalin ni, mommy fikir yg mommy xsabar nak jumpa baby.. so, bila mommy fikir positif macamtu...automatic mommy akan rasa lebih bersemangat dan nak baby dilahirkan dengan selamat.

Mommy amalkan lah zikir banyak2.. "Ya Aziz, Ya Jabbar, Ya Muttakabir"... Jangan lekang dibibir saat sakit tu. Allah je yang boleh menolong saat tu, nurse marah kalau kita asyik mengerang2, mendehem2, baran aje dalam labour room tu... lagipun xelok macamtu! Semua orang yg bersalin tahu sakitnya macamana..Sabar ye mommy..Tarik nafas dalam2 guna hidung (mulut tutup) dan keluarkan secara perlahan2...buat tarik nafas ni saat sakit kontraksi datang...tarik dalam2 tau...ini juga terapi untuk kurangkan sakit kontraksi tu... Mommy boleh mandi bila dah agak2 bukaan dah 4/5 cm tu...Pergi bilik air dan mandi! basahkan dari hujung rambut dan doa macamni... "macamana lancarnya air ini mengalir, maka lancarkanlah kelahiranku ini, permudahkan lah Ya Allah"... doa je banyak2.... dan lepas mandi, bdan segar...jalan dan tawaf lagi wad tu ye....Boleh juga amalkan baca al-fatihah dan ayat qursi untuk terapi sakit kontraksi tu...

Selain sakit kontraksi ni, mommy mungkin akan dikejutkan dengan bunyi "poop".. bunyi yang disertai banjir itu adalah merupakan air ketuban. air ketuban ni, warnanya jernih dan tiada bau tau. Kalau rasa tiba-tiba basah je tu..boleh la bersiap dan segera ke hospital. kerana air ketuban ni, kalau dibiarkan lama selepas pecahnya dia, boleh mengakibatkan bayi lemas. so, berhati2 ye mommy!!!

Labour Room
Selalunya, bila bukaan serviks dah 5/6cm, doktor akan suruh tolak kita ke labour room..atau bilik bersalin!!! masa ni, kena kuat.. kena fikir yg kita akan jumpa baby xlama je lagi.. kuatkan semangat tu ye mommy. Dengar nasihat doktor n nurse. Jangan angkat punggung selagi bukaan xsampai 10cm. Jangan meneran awal..sebab nanti takut koyak banyak! bila koyak banyak, mommy akan kena jahit banyak.. bila jahit banyak, mommy akan pantang dalam masa 2-3 minggu berbanding mommy yg bersalin normalnya 1-2 minggu dah kembali sihat!!!

Kalau mommy baru 1st time nak deliver, umee nasihatkan mommy baring secara mengiring ke kiri untuk membantu mommy supaya tidak meneran dan membantu jalan cepat buka. Jika mommy dalam posisi terlentang, mommy mungkin akan rasa ingin meneran dan sakit seperti nak meneran. risaulah jika bukaan mommy belum mencecah 8/9 lagi...sebab, selalunya akan paksa meneran sebab xtahan sakit...(umee lah tu...hihi). tapi memang betul..umee pernah bersalinkan yg anak ke4 tu, umee teran, padahal masatu baru 6cm..memang lah sakit dan jahitnya juga banyakkk...(terasa masa dalam pantang).-siksa tau jahit banyak ni...

Dalam labour room, yang mana boleh bawa suami tu, mintalah suami beri semangat pada isteri! suruh dia urut belakang mommy bagi mengurangkan tekanan sakit bersalin tu.. Suami adalah penawar segala sakit... pandang wajah dia, genggam tangan dia, mommy pasti dapat rasakan aura suami dan mommy akan lebih tenang.. Itu yang penting untuk saat bersalin tu!!!

Sabar itu penting. Banyakkan berzikir dan banyakkan tarik nafas tu, bila benar2 xtahan..cakap pada doktor atau nurse dan mereka akan bimbing mommy. Percayalah...ye, setiap kesakitan itu, akan dibalas dengan kenikmatan bila mommy menatap wajah si comel mommy tu nanti!!!
Masa umee dulu, doktor akan tolong umee gunting (episotomi..kot namanya) untuk percepatkan bukaannya lagi.. tapi, umee nak khabo ni..sakit digunting xrasa sangat pun..sebenarnya lagi sakit kontraksi tu lagi....

Doktor akan datang sekejap2 kat kita..untuk check jalan dan bila jalan dah sampai 9 @ 10, doktor akan guide mommy untuk proses bersalin tu, bilamana kepala baby dah nampak!!! saat tu, mommy kena lebih bertenaga tau.. sebab proses meneran akan bermula!! Teran sekuat mommy... teraaaaaannnnn jangan putus!!! sebab bila putus, mommy nak kena repeat balik teran tu... kat situ je dah banyak habis tenaga!! mommy kena ingat ye, nak keluarkan kepala baby, kena teran kuat2 dan dengar nasihat doktor tu..ikut arahan doktor tu!!! salah teran, risiko kepada baby dan juga kepada ibu, sebab bila proses teran agak lama dan mommy mungkin dah xberdaya nak meneran juga risiko baby lemas adalah lebih tinggi, maka, masatu..mommy mungkin akan di operate!!! Ya Allah, minta jauhlah perkara sebegini...mommy akan sakit atas dan bawah...belum cerita trauma bersalin lagi... so, ingat pesan umee ye...!!!
tips umee untuk mommy yg nak ke labour room tu, minum air milo + telur ayam kampung..untuk tenaga tau!!! boleh juga mommy makan kurma untuk tambah tenaga tu nanti..Juga, mommy boleh ambil sebiji b-complex shaklee untuk memberi tenaga semasa proses meneran tu nanti.

Bersalin dengan selamat
Percayalah mommy, bila baby dah selamat dilahirkan, mommy takkan rasa dah sakit tadi-tadi tu...mommy akan rasa satu perasaan aneh yang akan hadir dalam setiap hati ibu melahirkan... iaitu perasaan kasih + sayang!!! Jangan lupa, berikan baby mommy susu awal mommy (kolustrom). banyak khasiatnya untuk baby. Tataplah, renunglah anak matanya yang mengandungi sejuta keistimewaan itu... Ucaplah syukur pada illahi, mommy dapat bertarung nyawa demi melahirkan si kecil itu! okey, nanti follow next update umee tentang tempoh berpantang dan tips memberi susu pada si comel! follow tau, jgn xfollow. Semoga semuanya bermanfaat!!!

**satu lagi petua umee sebelum pergi ke hospital, umee akan memohon maaf pada emak, ayah dan adik beradik serta kenalan umee... sebab, bagi umee..kita xtahu apa yg akan terjadi selepas melahirkan itu nanti??? kan... so, umee ni xperfect mana..mesti ada salah n silap semasa hayat..jadi, xsalah meminta maaf bagi memudahkan proses bersalin!!! nampak macam remeh, tapi banyak keberkatannya disitu.. in shaa allah!!!

*** dan selepas bersalin, jom amalkan set berpantang shaklee!!! ia selamat, ia berkesan dan yg penting ianya halal!!! set berpantang shaklee ni, boleh membantu kita dalam :-
-Memperbanyakkan susu mommy
-Menambah tenaga
-Memberi kesegaran pada ibu berpantang
-Mengelakkan stress
-Mempercepatkan sembuh luka bersalin
-Memberi nutrisi pada baby melalui penyusuan susu ibu

#sid shaklee - 1131511 (Zalita Arazmi)
018-667 8501 (Whats app @ call untuk maklumat lanjut)
fb : Zalita Arazmi

Sunday 26 July 2015

Tips Memudahkan Proses Bersalin

Assalamualaikum mommy!!!!

Umee nak beri sedikit tips yg berguna untuk proses mudah bersalin! In shaa allah, mungkin dapat membantu. Umee dah amalkan, dan ianya sedikit sebanyak juga membantu.

Actually, proses bersalin ni... bukanlah suatu proses yg patut ditakuti, tapi... sepatutnya dihadapi dengan tenang! Secara jujurnya, umee sendiri juga masih takut untuk meniti saat hendak melahirkan ini. Walaupun umee dah 5 anak, tetapi setiap anak prosesnya berbeza dan juga Sakitnya berbeza. Cuma, melalui penulisan umee, umee cuma mampu menasihati mommy2 semua...agar lebih bersikap tenang dan banyakkan berzikir!!! Hanya Allah swt sahaja yg dapat membantu kita saat2 getir ini... Orang lain tidak akan mampu membantu kita saat kesakitan itu datang, cuma semangat dan kekuatan dari si suami dapat membantu semangat dan kekuatan kita.

Umee juga seorang ibu pada anak 5 orang. Kesemuanya bersalin secara normal. Ada sepasang kembar, juga bersalin secara normal. Umee juga memahami kesakitan yg mommy2 semua rasai. So, umee harap tips ini yg dah umee guna-pakai ini, mampu membantu mommy2 sekelian dengan izin -Nya....

Amalan sebelum tanda-tanda bersalin :

  • Mommy boleh amalkan memakan telur ayam separuh masak untuk memberi tenaga mommy semasa meneran 2 minggu sebelum due.
  • Amalkan membaca surah Maryam sepanjang kehamilan, dan kerapkan ketika sudah sampai 36 minggu!!!
  • Kerapkan bersama suami ketika kandungan melewati 36 minggu.
  • Amalkan meminum air kelapa. Kalau nak lagi baik, boleh amalkan minum minyak kelapa dara. (Banyak khasiatnya di dalam minyak kelapa dara) *tapi, umee tidak boleh telan, so, umee cari pil minyak kelapa dara.
  • Makan kurma dalam bilangan ganjil.
  • Banyakkan berjalan aik-turun tangga.
  • Amalkan makan sayur bendi. (Bendi kan berlendir...)
  • Banyakkan senaman - duduk bersila, temukan kedua tapak kaki, pegang jari2 kaki dan tolakkan kedua tapak kaki ke arah vagina.
  • Boleh juga mengamalkan menyapu minyak zaitun di sekeliling faraj, bagi melembutkan bahagian tersebut.
Amalan sselepas keluar tanda-tanda bersalin atau sudah berada dalam bilik bersalin (labour room) :

  • Bila dah terasa sakit kontraksi, makan telur mentah yang telah dibancuh dengan milo.
  • Boleh juga minum air milo yang dicampur marjerin bagi melicinkan permukaan laluan.
  • Rebus epal hijau, makan semasa sakit kontraksi.
  • Ambil makanan sebelum masuk bilik bersalin untuk memberi tenaga. Jangan remehkan hal tenaga, kerana meneran adalah proses memerlukan tenaga yg banyak.
  • Banyakkan dan kerapkan berzikir 'laa illahailla anta, subhanaka inni kuntu minazzolimin ' sila semak bahasa jawi untuk tajweed yg tepat... atau boleh google doa nabi Yunus a.s...
  • Semakin sakit kontraksi berlangsung, bacalah zikir "ya latiff, ya latiff, ya latiff" berulang-ulang!!!
  • Selang selikan membaca ya fattah, ya fattah, ya fattah berulang-ulang. Zikir-zikir ini mampu mengurangkan sakit bersalin, cubalah!!!
  • Kalau belum didalam dewan bersalin, jalan sebanyak mungkin di dalam wad untuk mempercepatkan proses bersalin!! Sambil jalan, sambil zikir. (Jangan putus zikir)
  • Boleh juga mengamalkan baca ya khaliq, ya barri, ya musawwir sebanyak 21 kali di hadapan gelas yg berisi air dan minum air tersebut.
  • Semasa kontraksi, tarik nafas melalui hidung dan hembuskan melalui mulut, bila sakit semakin kuat... tarik nafas dan lepaskan cepat-cepat! - teknik pernafasan yang betul, mampu membantu dalam menahan kesakitan kontraksi.
  • Baca al-fatihah sebanyak mungkin.
Itu sahaja yg dapat umee kongsikan untuk mommy sekelian, semoga mommy dapat menghadapi saat kelahiran dengan tenang dan memudahkan!!!

Percayalah, setelah kita bertarung nyawa demi melahirkan si comel, kita akan lebih bersemangat bila dapat menatap si comel yang sihat sempurna! Bersyukurlah, kerana kita dapat menatap dan membelai si comel kita. Semuanya adalah anugerah Allah swt buat kita dan suami. 

*nota kaki : mohon maaf pada mak ayah, dan juga suami untuk mempermudahkan proses bersalin... perkara remeh ini kadang kala adalah suatu keajaiban!!!

Salam sayang,
Umee